Search Box

Custom Search

Tuesday, October 6, 2009

Kursus Kewangan Anjuran JPN Kedah

Ingin dimaklumkan bahawa Unit Kewangan dan Akaun JPN,Kedah akan mengadakan kursus kewangan. Sukacitanya sekiranya anda berminat silalah menghubungi Unit tersebut untuk mendaftarkan nama anda. Maklumat selanjutnya adalah seperti di bawah :


Perkara :Kursus Pengurusan Kewangan dan Akaun Sekolah

Tarikh : 8-12 November 2009

Tempat : Emerald Putri Hotel, Sungai Petani, Kedah

Peserta : PT Sekolah

Anjuran : Unit Kewangan dan Akaun JPN, Kedah
Share/Bookmark

Peruntukan PIBG

Semua Pengetua
Semua Guru Besar

Tuan/Puan

Prosedur Dan Peraturan Perbelanjaan Peruntukan PIBG

Adalah dimaklumkan bahawa dibawah ini dijelaskan Prosedur Dan
Peraturan Perbelanjaan Peruntukan PIBG untuk perhatian dan tindakan tuan/puan selanjutnya.
Harap maklum.

Bil Perkara Prosedur / Peraturan

1. Maksud Perbelanjaan

Prosedur / Peraturan
Membiayai pelaksanaan program / aktiviti akademik, ko-kurikulum dan kemudahan sekolah yang memberi menfaat kepada murid, guru dan sekolah
Semua peruntukan mesti dibelanjakan dalam tahun semasa dan tidak dibenarkan dibawa ke tahun hadapan.

2.
Kadar Pemberian Perkapita

Kadar peruntukan adalah seperti berikut :-
  • Sekolah Rendah : RM 8.00 bagi seorang murid setahun
  • Sekolah Menengah : RM10.00 bagi seorang murid setahun
3. Peranan PIBG

Pelaksanaan semua program / aktiviti yang menggunakan peruntukan ini hendaklah mendapat persetujuan daripada Mesyuarat PIBG sebelum dilaksanakan.

4. Minit Mesyuarat PIBG

Sesalinan Minit Mesyuarat PIBG yang berkaitan perlu difailkan bagi maksud audit.

5. Tatacara Perakaunan Peruntukan

Sekolah yang mempunyai
Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) :
  • Peruntukan yang telah diperturunkan hendaklah diakaunkan di bawah lajur Pelbagai dan mewujudkan Akaun Subsidiari - Bantuan kepada PIBG.
  • Semua urusan pembayaran dikendalikan oleh pihak sekolah mengikut peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa.
6. Laporan Prestasi Perbelanjaan

Laporan Prestasi Perbelanjaan mestiah dihantar ke PPD setiap akhir suku tahun. Laporan Prestasi Perbelanjaan pertama hendaklah dihantar pada atau sebelum 30 Mei 2009.
Laporan Prestasi Perbelanjaan yang dihantar hendaklah berdasarkan kepada peruntukan yang diperturunkan sahaja.

7. Tatacara Penggunaan

Penggunaan peruntukan mestilah selaras dengan AP yang sedia ada.
( AP = Arahan Perbendaharaan )

8. Pindah Peruntukan

Pindah peruntukan ke akaun PIBG atau lain-lain akaun tidak dibenarkan sama sekali.

9.
Pelaksanaan

Sekolah-sekolah bertangungjawab menyelaras lebihan / kekurangan peruntukan berdasarkan enrolmen murid pada 31 Mac 2009.
Pelarasan tersebut mestilah dihantar ke JPN sebelum atau pada 15 April 2009


Sumber Bahagian Kewangan JPN Kedah







Share/Bookmark

Pengauditan Interim

Saya Shah Iskandar dengan sukacitanya ingin memaklumkan kepada semua sekolah di Kedah bahawa Bahagian Audit Sekolah Kedah akan menjalankan pengauditan interim bermula pada November 2009 ini. Oleh itu ingin dimaklumkan supaya pihak sekolah bersiap siaga dan menyediakan semua dokumen yang diperlukan sehingga bulan Oktober untuk tujuan pengauditan interim ini.

Berikut adalah definisi dari Audit Negara [link]

4.0 DEFINISI

(a) Pengauditan Interim

Pengauditan yang dijalankan sebelum penyata kewangan diterima bagi membantu mengesahkan ketepatan Penyata Kewangan Tahunan. Terdapat 2 aspek pengauditan interim iaitu pengauditan sistem dan pengauditan transaksi.

(i) Pengauditan Sistem

Pengauditan ini dijalankan untuk menentukan sama ada tahap kawalan dalaman
sistem perakaunan yang wujud di pejabat auditi adalah mencukupi dan
memuaskan. Antara sistem yang perlu dikaji ialah sistem bayaran, terimaan,
pelarasan jurnal dan gaji di peringkat Pejabat Perakaunan.

(ii) Pengauditan Transaksi

Semakan terhadap rekod dan dokumen perakaunan yang diproses melalui sistem
perakaunan dan kewangan berkomputer atau secara manual yang beroperasi di
pejabat auditi. Tujuannya ialah untuk mengesahkan sama ada rekod dan
dokumen tersebut telah disediakan dengan sempurna, tepat, kemaskini dan
selaras dengan kehendak peraturan kewangan serta undang-undang.



p/s Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimanakah/ apakah pengauditan sistem itu? Sebenarnya untuk sekolah-sekolah pengauditan sistem adalah seperti yang terkandung dalam Bas-08 yang diperakukan oleh pihak sekolah. Contohnya seperti Kawalan Terimaan, Kawalan Bayaran dan Kawalan Pengurusan. Sila perbetulkan sekiranya saya silap.
Share/Bookmark
Related Posts with Thumbnails

Blog Walking