Search Box

Custom Search

Tuesday, May 19, 2009

Motorcyle Only

Gambar ini di ambil di Akademi Audit Negara.
Posted by Picasa

Share/Bookmark

Sunday, May 17, 2009

Latar Belakang, Background

Peraturan-peraturan Pendidikan (Akaun dan Audit) 2002 yang dibuat di bawah seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) antara lain menghendaki sesuatu institusi kerajaan, bantuan kerajaan atau intitusi pendidikan Islam yang menerima bantuan kewangan menyediakan dan mengemukakan Penyata Kewangan Tahunan berakhir 31 Disember kepada Bahagian Audit Sekolah untuk tujuan pengauditan sebelum 31 Mac tahun berikutnya.

Bagi memenuhi peraturan ini, Bahagian Audit Sekolah telah menjalankan tiga(3) kaedah pengauditan seperti berikut:-

* Pengauditan terhadap Penyata Kewangan
* Pengauditan Pematuhan
* Pengauditan Program Bantuan

Bahagian ini diketuai oleh Setiausaha Bahagian dengan bilangan pegawai seramai 447 orang yang ditempatkan di 19 Bahagian Audit Sekolah Negeri/Cawangan di seluruh Malaysia (kecuali Sarawak) dan di Ibupejabat di Kuala Lumpur.
Share/Bookmark

Senarai Bahagian Audit Sekolah Negeri/Cawangan

Bahagian Audit Sekolah Johor
Lot G7-G10, Tingkat Bawah
Bangunan Pusat Profesional
Jalan Syed Mohd Mufti
80000 Johor Bahru, Johor
No.Tel: 07-2230632. No. Faks: 07-2223870

Bahagian Audit Sekolah Cawangan Muar
No. 82-39 Tingkat 1
Batu 1 1/4 , Jalan Bakri
84000 Muar, Johor
No.Tel: 06-9522585. No. Faks: 06-9536832

Bahagian Audit Sekolah Kedah
Aras 1, Zon A, Wisma Persekutuan Anak Bukit,
Bandar Muadzam Shah,
06550 Alor Setar, Kedah
No.Tel: 04-7337454. No. Faks: 04-7344329

Bahagian Audit Sekolah Kelantan
Tingkat 3, Wisma Ilmu
Jalan Doktor
15000 Kota Bharu, Kelantan
No.Tel: 09-78482731. No. Faks: 09-7479320

Bahagian Audit Sekolah Melaka
Aras 7, No. 110
Yayasan Melaka Off Jalan Hang Tuah
75300 Melaka
No.Tel: 06-2847479. No.Faks: 06-2819014

Bahagian Audit Sekolah Negeri Sembilan
Tingkat 2, Lot A & B, Wisma DPMS
Jalan Dato* Bandar Tunggal
70000 Seremban, Negeri Sembilan
No.Tel: 06-7630803. No. Faks: 06-7630100

Bahagian Audit Sekolah Pahang
Jalan Gambut
25000 Kuantan, Pahang
No.Tel: 09-5138097. No. Faks: 09-2819014

Bahagian Audit Sekolah Cawangan Temerloh
Aras 2, Bangunan Gunasama Persekutuan Temerloh
Jalan Merdeka
28000 Temerloh, Pahang
No.Tel: 09-2961505. No. Faks: 09-2960587

Bahagian Audit Sekolah Perak
Lot 4A3, Tingkat 4, Blok A
Bangunan Persekutuan Ipoh
Jalan Dato* Seri Ahmad Said
30450 Ipoh, Perak
No.Tel: 05-2545355. No. Faks: 052414034

Bahagian Audit Sekolah Cawangan Taiping
Tingkat 5, Wisma Persekutuan
Jalan Istana Larut
34000 Taiping, Perak
No.Tel: 05-8074548. No. Faks: 05-8069931

Bahagian Audit Sekolah Perlis
Tingkat 4, Bangunan Persekutuan
Persiaran Jubli Emas
01000 Kangar, Perlis
No.Tel: 04-9763567. No. Faks: 04-9764341

Bahagian Audit Sekolah Pulau Pinang
Tingkat 34, Menara Komtar
10000 Pulau Pinang
No.Tel: 04-2637037. No. Faks: 04-2617011

Bahagian Audit Sekolah Selangor
Tingkat 16, Wisma KWSG
Jalan Kg. Attap
50604 Kuala Lumpur
No.Tel: 03-22745926. No. Faks: 03-22739311

Bahagian Audit Sekolah Wilayah Persekutuan
Tingkat 16, Wisma KWSG
Jalan Kg. Attap
50604 Kuala Lumpur
No.Tel: 03- 22743275. No.Faks: 03-22733757

Bahagian Audit Sekolah Sabah
Tingkat 5, Blok D
Bangunan KWSP
Peti Surat No. 14
88000 Kota Kinabalu, Sabah
No.Tel: 088-234241. No. Faks: 088-234241

Bahagian Audit Sekolah Cawangan Sandakan
Tingkat 5, Wisma Persekutuan
Beg Berkunci No. 2
Pejabat Pos Wisma Persekutuan
90400 Sandakan, Sabah
No.Tel: 089-668500. No. Faks: 089-669290

Bahagian Audit Sekolah Cawangan Tawau
Tingkat 5, Wisma Persekutuan
Peti Surat no. 499
91007 Tawau, Sabah
No.Tel: 089-776478. No. Faks: 089-776068

Bahagian Audit Sekolah Cawangan Beaufort
Tingkat 2, Wisma Persekutuan
Beg Berkunci No. 15
89808 Beaufort, Sabah
No.Tel: 087-211057 / 087-211853.
No.Faks: 087-212797
Share/Bookmark

Saturday, May 16, 2009

Terkini Tentang Dasar Kutipan Yuran Tahun 2009

Adalah ini dimaklumkan bahawa bahagian penasihat undang-undang Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan satu siaran penerangan untuk menjelaskan permasalahan yang timbul. Oleh itu rumusannya ialah :

1. Segala kutipan yuran di akaunkan mengikut dasar masing-masing. Kerajaan untuk kerajaan, suwa untuk suwa dan PIBG untuk PIBG.

2. Sekolah perlulah menghantar keputusan mesyuarat PIBG berkenaan kadar yuran kepada Pendaftar Sekolah untuk kelulusan.( Termaktub dalam Akta Pendidikan 1996).Bagi yang masih belum membuat kutipan segeralah mendapatkan kelulusan. Manakala yang telah membuat kutipan hendaklah dengan kadar segera menghantar kadar yuran yang diputuskan untuk kelulusan.

3. Menyentuh mengenai akaun pula. Bagi kutipan yang yang telah diakaunkan hendaklah memastikan dimasukkan mengikut peruntukan yang betul. Bagi yang telah tersalah masuk spt dimasukkan ke akaun PIBG hendaklah memasukkan kembali ke akaun yang betul.

4. Segala pertanyaan bolehlah menghubungi JPN Negeri Masing-Masing atau Bahagian Audit Sekolah Masing
Share/Bookmark

Wednesday, April 29, 2009

Keputusan Kementerian Berkenaan PIBG Dan Kutipan Yuran Tahun 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Disini saya tertarik untuk membicarakan tentang surat arahan berkenaan membenarkan PIBG membuat keputusan dalam menentukan kadar kutipan untuk yuran tahun 2009 bagi sekolah masing-masing.

Disini wujudnya pendapat atau pemahaman wang yang dikutip itu hendaklah diberikan kepada pihak PIBG untuk diuruskan oleh PIBG. Inilah persoalan yang perlu dijelaskan hampir setiap hari oleh saya dan sahabat saya. Oleh itu saya akan memberikan satu perumpamaan yang mudah bagi pengurus sekolah dan guru-guru dan wakil PIBG untuk memahaminya.

1. Didalam surat arahan tersebut hanya menyatakan bahawa memberi kuasa kepada PIBG untuk menentukan kadar kutipan yang dipersetujui dalam mesyuarat PIBG sahaja, tidak ada pula kandungan yang mengatakan " Wang kutipan yuran hendaklah diakaunkan ke akaun PIBG ". Oleh itu pekeliling lama dan arahan yang terdahulu masih termaktub.

2. Berkenaan dengan kadar yuran yang diputuskan tidak memerlukan kelulusan oleh Pegawai Pendaftar tetapi adalah labih bagus dan baik sekiranya satu salinan kadar yuran yang diputuskan diserahkan kepada JPN Negeri sebagai " Makluman " sahaja.

3. Arahan Perbendaharaan 69 ; Kebenaran bertulis untuk memungut wang. Oleh yang sedemikian pengurus sekolah perlulah mengeluarkan surat kebenaran kepada guru kelas untuk memungut wang yuran seperti yang telah diputuskan pada mesyuarat PIBG.

4. Wang bantuan kerajaan untuk PIBG (di Kumpulan Wang Kerajaan ) masih lagi dalam tanggungan pengurus sekolah. Oleh itu PIBG hendaklah merencanakan aktiviti dan dibayarkan oleh pihak sekolah ( mengikut budget yang diterima )

Sekiranya masih ada kekeliruan sila tinggalkan komen anda.

Sekian Terima Kasih.

.... SIY ....
Share/Bookmark
Related Posts with Thumbnails

Blog Walking