Search Box

Custom Search

Thursday, September 18, 2008

Panduan Mendapatkan Kembali Result MUET Yang Telah Hilang

Maklumat & Prosedur

Calon yang kehilangan slip keputusan ujian MUET boleh memohon kepada Majlis Peperiksaan Malaysia untuk mendapatkan penyata keputusan yang disahkan. Permohonan melalui pos hendaklah disertai salinan kad pengenalan yang disahkan oleh Pengetua atau Pegawai Kumpulan A. Caj sebanyak RM20.00 akan dikenakan bagi permohonan kali pertama, RM30.00 bagi permohonan kali kedua, dan RM50.00 bagi permohonan kali ketiga. Bayaran hendaklah dibuat dengan Kiriman Wang atau Wang Pos atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia. Untuk mendapatkan borang, sila klik BORANG memohon penyata salinan keputusan peperiksaan STPM/ Ujian MUET. Alamatkan permohonan anda kepada:

Ketua Eksekutif
Majlis Peperiksaan Malaysia
Bangunan MPM
Persiaran 1, Bandar Baru Selayang
68100 BATU CAVES
Selangor Darul Ehsan
(u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian Peperiksaan STPM / MUET)


<<<<<<< DOWNLOAD BORANG >>>>>>>>>
Share/Bookmark

Monday, August 4, 2008

Pengecualian Bayaran Sewa Kantin Bagi Bulan Disember

Berdasarkan perjanjian kantin antara pengusaha kantin dengan pihak kerajaan yakni
"sekolah". Pengusaha kantin dikehendaki untuk membayar sewa kantin untuk tempoh 24 bulan berdasarkan kontrak perjanjian yang dipersetujui.

Contoh Tempoh Perjanjian :
1/1/2006 - 31/12/2007

Berdasarkan tempoh perjanjian diatas, satu masalah telah timbul dimana pengusaha kantin
yang tamat tempoh akan keluar pada bulan 12 manakala pengusaha kantin yang baru akan mula berniaga pada bulan 1. Masalahnya ialah barang-barang pengusaha baru hendak dibawa masuk pada bulan 1. Oleh sebab itu ia menjejaskan masa atau peluang berniaga ketika murid-murid berada di sekolah.

Okey, kembali kepada pengecualian bayaran sewa kantin. Bayaran sewa kantin hanya boleh dikecualikan apabila tamat tempoh perjanjian pada bulan 12 dan pengusaha tersebut mengosongkan premis tersebut pada penghujung bulan 11. Maka dengan itu barulah pengusaha kantin yang baru dapat membawa peralatan mereka untuk beroperasi sepenuhnya pada bulan 1.

Pada pendapat saya penyeragaman tarikh perjanjian hendaklah digunakan supaya tiada pertindihan seperti ini akan berlaku.

Contoh Tarikh Yang Dicadangkan :
1/12/xxxx -30/11/xxxx
Share/Bookmark

Monday, July 21, 2008

Gambar Semasa Kursus Di Hydro Majestic Penang







Share/Bookmark

Saturday, June 28, 2008

Pengauditan Pengurusan Kewangan Sekolah Bab 1

A. Kawalan Pengurusan. ( Berdasarkan Kes Yang Ditemui )

1. Carta Organisasi Sekolah

Carta hendaklah lengkap dan dipamerkan ditempat yang boleh dilihat oleh orang ramai supaya orang luar dapat tahu untuk berurusan dengan pegawai yang sepatutnya.

2. Fail Meja Dan Manual Prosedur Kerja.

Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bil 8/96 menetapkan Ketua Jabatan/Pengurus Sekolah untuk memastikan Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja diberikan kepada setiap pegawai dan pejabat. Namun didapati kebanyakkan pegawai mempunyai Fail Meja tetapi tidak dikemaskini dan Manual Prosedur Kerja tidak lengkap.

3. Surat Penurunan Kuasa

Arahan Perbendaharaan 69 menetapkan Ketua Jabatan/Ketua Pejabat/Pengurus Sekolah menyediakan satu surat bertulis untuk kebenaran atau menurunkan kuasa untuk memungut atau menerima wang diberikan kepada pegawai/guru.

4. Jawatan Kuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun.( JKPA )

Surat Perkeliling Perbendaharaan Bil 2/96 menetapkan JKPA untuk bermesyuarat sebulan sekali atau sekurang kurangnya 3 bulan sekali untuk memantau prestasi kewangan jabatan/sekolah masing-masing. Disamping itu perlantikan hendaklah dibuat secara bertulis dan minit mesyuarat difailkan dengan teratur. Akan tetapi kebanyakkan jabatan/sekolah tidak membuat mesyuarat mengikut kekerapan dan ada yang tidak mempunyai JKPA langsung. Secara amnya di atas kertas mungkin ada JKPA, mungkin hanya sebagai pemudah cara kerana tiada pemantauan langsung dari Jawatankuasa ini dalam bab pengurusan kewangan sekolah. ( Tidak ternampak oleh mata kasar saya )

5. Pemeriksaan Mengejut

Arahan Perbandeharaan 309 menetapkan Ketua Jabatan/Pengurus Sekolah untuk membuat pemeriksaan mengejut pada peti besi atau mana-mana bekas simpanan wang dibawah jagaan pegawainya sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Namun didapati amat jarang sekali pemeriksaan mengejut dibuat. Bila ditanya kepada Pembantu Tadbir "Tak buat pun,cuma isi ja " dan ada pula Ketua Jabatan/Pengurus Sekolah yang menjaga sendiri wang tunai (Panjar Wang Runcit ). Jadi tiada pemeriksaan mengejut dilakukan kerana beliau sendiri yang menjaga wang tersebut.
Share/Bookmark

Wednesday, May 7, 2008

Khas buat mereka yang nak kawin..Ehem.ehem

Khas buat mereka yang nak kawin…
Yang dah kawin tu… pikir2 kalu nak kawin LAGI…

Ada kebenarannya. ……… ….!!!

Ok.. sekarang nie ramai yg nak dekat kahwin ataupun ramai yg ader plan nak kahwin. Sumer orang tahu lah persiapan untuk kahwin bukannyer mudah banyak persiapan yg perlu di aderkan… . ia memerlukan satu perancangan yg cukup teliti bagi dua dua blah pihak

Kekadang tu pasangan tak jadi kahwin pasal plan nak kahwin. Maknernyer diorang plan nak buat majlis abih tak boleh agree with each other so they bergaduh and taklah jadi kahwin.

So ader orang yg tak jadi kahwin pasal nak kahwin. Kalau kahwin mestilah nak buat majlis Walimah… untuk mereka yg tak tahu, majlis walimah ialah majlis sambutan hari perkahwinan dimaner sanak saudara sahabat handai jiran tetangga dijemput hadir makan bersamer.

Pasangan sekarang lebih stress memikirkan majlis ini daripader memikirkan maser depan dan hala tujuan hidup bersamer selepas nikah.

Ok berikut aderlah sedikit sebanyak panduan dan kos untuk persiapan majlis ini. Supaya menjadi pedoman untuk mereka yg ingin berkahwin dan yg ingin berkahwin lagi.

1. Kadi :

At least 6 mths b4 the proposed nikah date korang misti kener gi register kat jabatan, and biler korang gi register korang mistilah dah tahu asas kahwin yg akan diberikan, tarikh dan tempat nikah. Lepas register orang bolehlah book kadhi. Sorang je book… . jgn dua dua gi book plak.

kos kadi : RM80++

2. Kursus rumahtangger:

Kener pergi… . kalau tak pergi korang takleh amek sijil nikah. Tapi when u go and collect the sijil nikah at Jabatan they never ask for the sijil kursus… . whatever it is kan baik kalau korang pergi attend the kursus. walaupun kiter dah terer dlm bab rumahtangger tapi ader baiknyer kalau kiter refresh balik aper yg telah kiter ketahui.

kos kursus : around RM80 for the whole session (tengok tempat)

3. Book Mak Andam:

Mak Andam is one of the most important people dalam perkahwinan. Nak owang pompan… .. pilih mak andam boleh makan tahun lamernyer. Of courselah, lelaki nak amek mak andam buat aper sey. At least six months misti nak book… later than that u might have a problem finding one… .. kalau ader pun mak andam dari Kreta Ayer Chinese Dance Troupe.

Kos : RM1200 (tengok baju aper… kalau ader baju batman atau otromen (mungkin mahal sikit)

4. Photographer:

Selalunyer mak andam akan rekomenkan photographer sekali. Kalau tak korang kenerlah carik sendiri. Sekarang owang melayu dah pandai… . dah pandai amek studio, dah pandai amek outdoor.

Kos : RM800

5. Kompang / Hadrah

Unless korang nak pakai loktang takyah panggil kompang. Kalau nak panggil at least 3 mths notice.

Kos :RM300

6. Dekorasi blok dan pelamin

Sekarang sudah canggih… kolong blok diorang transform jadi macam istana Taj Mahal… . kalau tak pun jadi macam lori cina mampos… . letak kacang samer kuaci sudah original beb… . tinggal nak campak kerander je kat tengah-tengah. Macam macam design macam macam pattern.

Kos :RM1000

7. Tukang Masak and Khemah Kosi Meja

Tukang masak mesti ader beb… kalau takder camner owang nak makan? Lainlah kalau korang buat majlis kat Mac Donald’s.

Kos : RM7000 (tengok kepaler yg datang)

8. Kerete

Unless korang nak gi bertandang jalan kaki takyahlah sewa kereter (*naik basikal bleh gaks..) Kalau nak sewa, kenerlah sewa yg special punyer… Merc ke?… Jag ke?. kira yg besau punyer kereter lah. Janganlah plak badan korang besau abih sewa Kancil… … sampai besok pun takleh masok!

Kos : RM300

9. DJ/Karaoke

Kalau majlis senyap dan sunyi je taklah meriah kan ? Lazimnyer owang akan engage DJ/ Karaoke services. Ader jugak yg amek band industan, brass band.
At least 6 mths mesti nak kener book.

Kos :RM850 (dengan dinner sekali)

10. Berkat

Kira door gift lah. Yg biaser telur rebus owang kasi… tapi sekarang dah maju… diorang lagi kreatif… ader yg kasi tuala, sabun buku, cokelat, agar-agar, mangkok, gelas, surah Yasin, etc etc.

Kos : RM3000++

11. Miscellaneous

Perkara perkara kecik owang selalu overlook… perkara perkara kecik ginilah yg selalu membuat kocek kiter tebakar. Bender bender seperti Bunga Pahar, Sireh Dara, Kek, Sabun, Rokok Rewang, Sewa kolong blok, Tuala rewang, pisau rewang, barang barang hantaran, cadar, kelambu, langsir, carpet, bill,lauk pauk pre and post majlis, plastik buat bungkusan, kad jemputan… …

Kos : RM2500 ++

TOTAL ESTIMATED COST YG KORANG KENER KLUARKAN IALAH : RM17,110

Belom termasok hantaran lagi beb… . korang pandai pandailah plus sendiri. Dari itu saper saper yg dah nak berkahwin… … . SELAMAT PENGANTIN BARU!

Untuk mereka yang bakal-bakal. .. . yang dah lepas tu, mungkin nak tahu jugak sebab musababnyer. .. .. Zaman sekarang ni kan ; hantaran makin naik harga. Maklumlah; kata dorang ikut market price. Kalau harga mas naik; naik lagi harga bakal2 bini.

Tak ikut market price nanti orang kata kedekut lah; sengkek lah; tak mampu jangan ada hati nak kahwin lah; hai… macam-macam story lagi. Biasanya yang letak harga ialah mak sebelah pompan. Bapak selalu ikutkan aje; ni semua kerja orang pompan, dorang kata. Kadang2 ada jugak pompan sendiri yang letak harga; lepas tu pakat dengan mak. Mengikut survey; sekarang paling minimum RM6000. Hantaran RM5000; RM4000 masih ada jugak; tapi dah boleh kira pakai jari tangan je. Yang ada hantaran kira okay lah; tapi ada serba satunya lagi. Cuma serba-serbi dan serba boleh je belum ada lagi.

Kat sini aku ada beberapa sebab kenapa sekarang hantaran makin mahal.
Hah… korang bacalah:-

Sebab
1. Anak pompan sorang
2. Anak pompan sekolah tinggi 20 tingkat
3. Anak pompan paling jambu dalam family
4. Anak pompan kerja high post
5. Anak pompan biasa pakai barang branded
6. Anak pompan yang tastenya… berkajang-kajang kalau disenaraikan
7. Kakak belum kahwin; jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus
8. Anak pompan yang rasa dirinya… lengkap segala-gala
9. Bapak pompan towkay kayu balak; mak pulak bekas eksekutif
10. Anak pompan tu pun jenis ek… semacam jer

Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat (ni dorang bebual antara family lelaki je):-
1. “Eh! Nak meniaga anak ke pe?” Kadang tu mak bapak ok jer si anak lak lebih-lebih
2. “Kalau pandai masak ke jahit ke; satu hal jugak. Ni asik pandai mekap je.”
3. “Camni bilang dorang simpan anak tu dalam store buat perhiasan.”
4. “Kalau lawa macam Karisma Kapoor tu takpe jugak. Ni idung pesek macam kena lenyek je.”
5. “Apa dorang ingat kita sedara Bill Gates ke?”
6. “Lupakan sudah budak pompan tu. Nanti mak carik kan yang lebih power dari Catherine Zeta-Jones eh?”

Kata2 dari sebelah pompan yang lelaki ingin sangat nak dengar :-
1. “Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi; kita ambik je. Member tak cerewet.”
2. “Takpelah. Kalau tak boleh adakan sekarang; kahwin dulu. Lepas tu bayar pelan-pelan cara instalment.”
3. “Jangan bimbang. Korang cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua kita sponsor.”
4. “Pasal sekarang ni musim great sale sana sini; jadi kita ada staff discount. Korang cuma kasi 10% je.”
5. “Berapa korang nak kasi, kasilah. Nak ambik free pun takpe. Anak pompan kita ramai lagi.”
6. “Apakata kalau korang ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap sama. Kira 2 for the price of 1 ler. Risaulah kakaknya tak kahwin-kahwin. ”

Kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak abis punya; jawapannya :-
1. “Okay setuju. Kita up lagi RM10,000. Nothing much ler.”
2. “Ehh sikit nah! Camni tak nak lah. Tak sama standard dengan kita punya expectation ler.”
3. “Ni hantaran kira Rupiah ke Sing dollars? Kita cuma simpan American dollars je.”
4. “Kita tak kasi pakai cash ler. Korang pilih nak AMEX ke; Diners ke; boleh kata semua credit card kita ada lah.”
5. “Sebagai hadiah upacara masuk minang ni; kita ada siapkan kereta Lambhorgini. Tu anak bujang kita tengah parking kat bawah tu.”
6. “Ni korang mintak hantaran ke; mintak duit nak belikan dia baju tidur.Murah nah?”

Haa… tu lah beberapa kerenah orang melayu kita ni. Jadi untuk pasangan2 yang nak kawin tu; bincang betul2 antara korang dengan family dalam hal ni.

Mak pompan tu pun kalau nak letak harga; berpatutanlah dengan kemampuan pihak lelaki. Kalau tak berdengek lelaki tu nak adakan hantaran mahal2.

Hati dah suka punya pasal; semua boleh aje. Cukup time badan cengkung-mengkung tak larat nak naik pelamin pasal kerja tiga empat macam untuk kumpul duit. Ada pulak tu..yg terpaksa amik personal loan.. bank rakyat… bank Islam… atau guna kredit card.. lepas kawin.. kepala lagi sewel, dok pikir nak bayar hutang, loan rumah, loan kereta, loan komputer, ‘loan bini’,.. tak tercapai lah maksud perkahwinan yg sepatutnya semakin memudahkan kehidupan.. dah terbalik.. jadi semakin susah. Entahlah… . dunia… dunia… “

p/s: saya pun tak tau nk ckp aper..tapi pada saya menda2 cmni pun ader betul ader salahnya..sajer post gurau2 hehe jgn marah yer org2 yg dh plan nak kawen?pesanan saya, mendirikan masjid tu pahle nyer bessaaarrr!Cewwaaah h!!!


RHAR
“Lelaki acuan Al-Quran
ialah seorang lelaki yang solatnya adalah maruah dirinya …Wallahualam”
Share/Bookmark
Related Posts with Thumbnails

Blog Walking