Search Box

Custom Search

Wednesday, April 29, 2009

Keputusan Kementerian Berkenaan PIBG Dan Kutipan Yuran Tahun 2009

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Disini saya tertarik untuk membicarakan tentang surat arahan berkenaan membenarkan PIBG membuat keputusan dalam menentukan kadar kutipan untuk yuran tahun 2009 bagi sekolah masing-masing.

Disini wujudnya pendapat atau pemahaman wang yang dikutip itu hendaklah diberikan kepada pihak PIBG untuk diuruskan oleh PIBG. Inilah persoalan yang perlu dijelaskan hampir setiap hari oleh saya dan sahabat saya. Oleh itu saya akan memberikan satu perumpamaan yang mudah bagi pengurus sekolah dan guru-guru dan wakil PIBG untuk memahaminya.

1. Didalam surat arahan tersebut hanya menyatakan bahawa memberi kuasa kepada PIBG untuk menentukan kadar kutipan yang dipersetujui dalam mesyuarat PIBG sahaja, tidak ada pula kandungan yang mengatakan " Wang kutipan yuran hendaklah diakaunkan ke akaun PIBG ". Oleh itu pekeliling lama dan arahan yang terdahulu masih termaktub.

2. Berkenaan dengan kadar yuran yang diputuskan tidak memerlukan kelulusan oleh Pegawai Pendaftar tetapi adalah labih bagus dan baik sekiranya satu salinan kadar yuran yang diputuskan diserahkan kepada JPN Negeri sebagai " Makluman " sahaja.

3. Arahan Perbendaharaan 69 ; Kebenaran bertulis untuk memungut wang. Oleh yang sedemikian pengurus sekolah perlulah mengeluarkan surat kebenaran kepada guru kelas untuk memungut wang yuran seperti yang telah diputuskan pada mesyuarat PIBG.

4. Wang bantuan kerajaan untuk PIBG (di Kumpulan Wang Kerajaan ) masih lagi dalam tanggungan pengurus sekolah. Oleh itu PIBG hendaklah merencanakan aktiviti dan dibayarkan oleh pihak sekolah ( mengikut budget yang diterima )

Sekiranya masih ada kekeliruan sila tinggalkan komen anda.

Sekian Terima Kasih.

.... SIY ....
Share/Bookmark

Saturday, April 11, 2009

Makluman - Pengauditan Terhadap Terimaan Bantuan Pakaian Seragam

Ingin dimaklumkan kepada pihak sekolah bahawa supaya segala rekod berkenaan dengan Bantuan Pakaian Seragam hendaklah diperkemaskan dan direkodkan dengan baik. Ini kerana pengauditan akan dilakukan untuk memastikan semua prosedur dan tatacara dipatuhi dan pemberian terbebut mencapai matlamatnya.

Sekian..
Share/Bookmark

Thursday, April 9, 2009

Software Patskom Versi PGP

Kepada sesiapa yang memerlukan patkom versi pgp bolehlah download disini

<<<< Software Patskom PGP >>>>
Share/Bookmark

Sunday, February 15, 2009

Notis Pemberitahuan

Ingin dimaklumkan bahawa Bahagian Audit Sekolah ingin memaklumkan kepada pihak auditi supaya menghantarkan penyata kewangan bagi tahun kewangan 2008 pada atau sebelum 28 Februari 2009 pada atau sebelum jam 5.00 petang.
Share/Bookmark

Tuesday, November 11, 2008

Software Patskom

Kepada Sekolah-Sekolah Yang Kehilangan Software Patskom Atau Rosak. Bolehlah mendownload software ini di sini untuk kegunaan.


>>>>>>> Download Patskom Disini <<<<<<<<<<<<
Share/Bookmark
Related Posts with Thumbnails

Blog Walking