Search Box

Custom Search

Saturday, June 28, 2008

Pengauditan Pengurusan Kewangan Sekolah Bab 1

A. Kawalan Pengurusan. ( Berdasarkan Kes Yang Ditemui )

1. Carta Organisasi Sekolah

Carta hendaklah lengkap dan dipamerkan ditempat yang boleh dilihat oleh orang ramai supaya orang luar dapat tahu untuk berurusan dengan pegawai yang sepatutnya.

2. Fail Meja Dan Manual Prosedur Kerja.

Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bil 8/96 menetapkan Ketua Jabatan/Pengurus Sekolah untuk memastikan Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja diberikan kepada setiap pegawai dan pejabat. Namun didapati kebanyakkan pegawai mempunyai Fail Meja tetapi tidak dikemaskini dan Manual Prosedur Kerja tidak lengkap.

3. Surat Penurunan Kuasa

Arahan Perbendaharaan 69 menetapkan Ketua Jabatan/Ketua Pejabat/Pengurus Sekolah menyediakan satu surat bertulis untuk kebenaran atau menurunkan kuasa untuk memungut atau menerima wang diberikan kepada pegawai/guru.

4. Jawatan Kuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun.( JKPA )

Surat Perkeliling Perbendaharaan Bil 2/96 menetapkan JKPA untuk bermesyuarat sebulan sekali atau sekurang kurangnya 3 bulan sekali untuk memantau prestasi kewangan jabatan/sekolah masing-masing. Disamping itu perlantikan hendaklah dibuat secara bertulis dan minit mesyuarat difailkan dengan teratur. Akan tetapi kebanyakkan jabatan/sekolah tidak membuat mesyuarat mengikut kekerapan dan ada yang tidak mempunyai JKPA langsung. Secara amnya di atas kertas mungkin ada JKPA, mungkin hanya sebagai pemudah cara kerana tiada pemantauan langsung dari Jawatankuasa ini dalam bab pengurusan kewangan sekolah. ( Tidak ternampak oleh mata kasar saya )

5. Pemeriksaan Mengejut

Arahan Perbandeharaan 309 menetapkan Ketua Jabatan/Pengurus Sekolah untuk membuat pemeriksaan mengejut pada peti besi atau mana-mana bekas simpanan wang dibawah jagaan pegawainya sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Namun didapati amat jarang sekali pemeriksaan mengejut dibuat. Bila ditanya kepada Pembantu Tadbir "Tak buat pun,cuma isi ja " dan ada pula Ketua Jabatan/Pengurus Sekolah yang menjaga sendiri wang tunai (Panjar Wang Runcit ). Jadi tiada pemeriksaan mengejut dilakukan kerana beliau sendiri yang menjaga wang tersebut.
Share/Bookmark

2 comments:

  1. terima kasih. maklumat dapat membantu saya membuat pengurusan kewangan lebih cekap.

    ReplyDelete
  2. Rakan setugas dari sekolah ada bertanya kepada saya mengenai laporan juruaudit dalam. Difahamkan format ini diedarkan semasa sesi taklimat kepada pengetua dan guru besar pada tahun 2010. Mohon pihak audit sekolah selangor upload ke web site untuk kemudahan pihak sekolah mendapatkan format ini. Atas kerjasama, terlebih dahulu diucapkan terima kasih.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Blog Walking