Search Box

Custom Search

Thursday, July 30, 2009

Laman Web Pej Audit Sekolah Kedah

Q :BESARI: Asalamualaikum.. Nak Tumpang Tanya nie.. Ni Laman Web Pej Audit Sekolah Kedah Ka

A : Waalaikummussalam..BESARI ini bukanlah laman web Pej Audit Sekolah Kedah tetapi laman blog yang dijalankan oleh saya sebagai kakitangan di pejabat ini. Ini bukanlah laman rasmi tetapi sebagai tempat saya untuk memberikan pandangan dan panduan buat kakitangan dan pengurus sekolah serta kakitangan Bahagian Audit Sekolah di negeri lain sebagai panduan.
Share/Bookmark

TNT - Tuntutan Perjalanan

Q :akak: saya telah membuat TNT pada Bln 8/2008 hingga Jan 2009. Sehingga sekarang masih tidak terima bayaran dan tidak terima apa-apa kuiri dari PTJ . Bagaimana caranya untuk saya membuat semakan TN tersebut.

A : Walaupun soalan tidak berkenaan dengan bidang semasa saya, namun saya akan memberikan panduan kepada akak.
  1. Pastikan pihak sekolah mempunyai salinan pendua bagi setiap tuntutan. Ini kerana pada pendapat saya sekolah/ tempat bekerja akak tidak menggunakan sistem ESPK mungkin kerana bukan sekolah PTJ. Salinan kedua ini penting kerana takut ia M.I.A ( missing in action)
  2. Pastikan buku despatch mempunyai bukti penghantaran tuntutan tersebut kepada PTJ anda
  3. Sila bertanya status semasa di PPD berkenaan samaada dalam proses atau tidak.
  4. Sekiranya tidak berpuas hati silalah bertanya kepada Bahagian Kewangan di JPN masing-masing dan dapatkan panduan bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini.
P/S : Tuntutan Perjalanan hendaklah dijelaskan dalam masa 14 hari. Untuk penjelasan lanjut boleh menghubungi AG negeri masing-masing untuk maklumat lanjut. Sekian ^_^ harap dapat membantu.
Share/Bookmark

Akaun Suwa - Kekurangan Peruntukan

Q :eSalina: saya staf di SJK. Nak tanya ckit... Kalau kutipan PIBG belum dibuat, bagaimana caranya untuk membuat bayaran Kertas Ujian Awal & pertengahan tahun, Baki yang ada pada tahun lalu tidak mencukupi.

A : eSalina terima kasih kerana bertanya. Seperti sedia maklum semua sekolah lambat membuat kutipan yuran kerana menunggu hasil daripada mesyuarat Agong PIBG Semalaysia dan kata putus daripada kementerian. Walaubagaimana pun pada bulan jun/julai semua seperti semua sedia maklum kutipan yuran adalah ditentukan pada mesyuarat agong PIBG sekolah masing-masing . Mungkin ada yang menentukan RM10 ringgit sahaja dan mungkin ada yang menentukan lebih dari RM 100. Itu terpulang kepada ibu bapa dan PIBG sekolah terbabit samaada mahu anak-anak mereka mendapat aktiviti atau program-program tambahan ataupun tidak. Malah mungkin juga ada sekolah yang tidak akan menjalankan aktiviti tambahan yang lain kerana diluar kemampuan kewangan.
Oleh itu eSalina berkenaan masalah puan saya cadangkan untuk memohon pindah peruntukan diantara peruntukan Kumpulan Wang Suwa ataupun diantara kumpulan bantuan perkapita (PCG) mata pelajaran dan bukan mata pelajaran etc.
Sila buat rujukan di buku tatacara pengurusan kewangan dan perakaunan kumpulan wang sekolah dimuka surat 293 dan selanjutnya. Harap ini dapat membantu. ^_^
Share/Bookmark

Sunday, July 26, 2009

Memohon Jawatan Di Bahagian Audit Sekolah

Q:
Murhazila binti Muhamad: akum En. Iskandar, saya ingin bertanya macamana kalau berminat untuk memohon untuk memohon jawatan audit sekolah. Sila beri tunjuk ajar. Terima Kasih

A :
Pn/Cik Murhazila untuk memohon jawatan di bahagian audit sekolah silalah nyatakan destinasi tempat untuk bekerja di borang pertukaran yang mana akan diuruskan oleh Bahagian Sumber Dan Manusia. Sekian Terima Kasih.
Share/Bookmark

Baucar Bayaran > Tarikh

Q : norizan binti abd razak: akum..sy penah keje d PAS Sgor dr 2004 hga 2006..skrg ni suk sekolah..sy ingin tye adakah tarikh pd baucar byrn ikut tarikh invois @ tarikh bil diterima? Terima kasih.

A : Pn/Cik Norizan mengikut Ap 103 menetapkan kita untuk membuat bayaran dengan segera dalam tempoh 14 hari selepas bil diterima. Oleh itu tarikh pada baucar bayaran adalah pada tarikh cek dibuat untuk pembayaran dilakukan pada pembekal/syarikat dan setahu saya bil/invois adalah jenis yang sama kecuali Delivery Order . Maksudnya kita perlu membuat pembayaran dalam tempoh 14 hari dari tarikh kita terima bil/invois tersebut. Sekian Terima Kasih
Share/Bookmark

Beza Antara Patskom 3.0 Dan Patskom PGP

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Di sini ingin saya terangkan perbezaan antara Patskom 3.0 dan Patskom PGP.

Ingin dinyatakan anda perlu memastikan terdahulu PC yang digunakan oleh anda menggunakan Office versi berapa. Ini kerana Patskom 3.0 hanya berfungsi dengan Office 2003 kebawah sahaja dan tidak berfungsi sekiranya anda menggunakan Office 2007. Penawarnya ialah anda hanya perlu memasukkan Excel 2003 sahaja pada PC baru anda itu dan kedua-dua versi dapat digunakan. ^_^

Manakala Patskom PGP boleh berfungsi pada Office 2007 dan 2003 ( berdasarkan pengalaman saya) walaupun mempunyai kekurangan fungsi.

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan atau pembetulan uktuk artikel saya..sila maklumkan ya.
Share/Bookmark
Related Posts with Thumbnails

Blog Walking