Search Box

Custom Search

Thursday, September 18, 2008

Panduan Mendapatkan Kembali Result MUET Yang Telah Hilang

Maklumat & Prosedur

Calon yang kehilangan slip keputusan ujian MUET boleh memohon kepada Majlis Peperiksaan Malaysia untuk mendapatkan penyata keputusan yang disahkan. Permohonan melalui pos hendaklah disertai salinan kad pengenalan yang disahkan oleh Pengetua atau Pegawai Kumpulan A. Caj sebanyak RM20.00 akan dikenakan bagi permohonan kali pertama, RM30.00 bagi permohonan kali kedua, dan RM50.00 bagi permohonan kali ketiga. Bayaran hendaklah dibuat dengan Kiriman Wang atau Wang Pos atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia. Untuk mendapatkan borang, sila klik BORANG memohon penyata salinan keputusan peperiksaan STPM/ Ujian MUET. Alamatkan permohonan anda kepada:

Ketua Eksekutif
Majlis Peperiksaan Malaysia
Bangunan MPM
Persiaran 1, Bandar Baru Selayang
68100 BATU CAVES
Selangor Darul Ehsan
(u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian Peperiksaan STPM / MUET)


<<<<<<< DOWNLOAD BORANG >>>>>>>>>
Share/Bookmark

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Blog Walking