Search Box

Custom Search

Sunday, May 17, 2009

Latar Belakang, Background

Peraturan-peraturan Pendidikan (Akaun dan Audit) 2002 yang dibuat di bawah seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) antara lain menghendaki sesuatu institusi kerajaan, bantuan kerajaan atau intitusi pendidikan Islam yang menerima bantuan kewangan menyediakan dan mengemukakan Penyata Kewangan Tahunan berakhir 31 Disember kepada Bahagian Audit Sekolah untuk tujuan pengauditan sebelum 31 Mac tahun berikutnya.

Bagi memenuhi peraturan ini, Bahagian Audit Sekolah telah menjalankan tiga(3) kaedah pengauditan seperti berikut:-

* Pengauditan terhadap Penyata Kewangan
* Pengauditan Pematuhan
* Pengauditan Program Bantuan

Bahagian ini diketuai oleh Setiausaha Bahagian dengan bilangan pegawai seramai 447 orang yang ditempatkan di 19 Bahagian Audit Sekolah Negeri/Cawangan di seluruh Malaysia (kecuali Sarawak) dan di Ibupejabat di Kuala Lumpur.
Share/Bookmark
Related Posts with Thumbnails

Blog Walking