A : Walaupun soalan tidak berkenaan dengan bidang semasa saya, namun saya akan memberikan panduan kepada akak.
- Pastikan pihak sekolah mempunyai salinan pendua bagi setiap tuntutan. Ini kerana pada pendapat saya sekolah/ tempat bekerja akak tidak menggunakan sistem ESPK mungkin kerana bukan sekolah PTJ. Salinan kedua ini penting kerana takut ia M.I.A ( missing in action)
- Pastikan buku despatch mempunyai bukti penghantaran tuntutan tersebut kepada PTJ anda
- Sila bertanya status semasa di PPD berkenaan samaada dalam proses atau tidak.
- Sekiranya tidak berpuas hati silalah bertanya kepada Bahagian Kewangan di JPN masing-masing dan dapatkan panduan bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini.
