Berikut adalah definisi dari Audit Negara [link]
4.0 DEFINISI
(a) Pengauditan Interim
Pengauditan yang dijalankan sebelum penyata kewangan diterima bagi membantu mengesahkan ketepatan Penyata Kewangan Tahunan. Terdapat 2 aspek pengauditan interim iaitu pengauditan sistem dan pengauditan transaksi.
(i) Pengauditan Sistem
Pengauditan ini dijalankan untuk menentukan sama ada tahap kawalan dalaman
sistem perakaunan yang wujud di pejabat auditi adalah mencukupi dan
memuaskan. Antara sistem yang perlu dikaji ialah sistem bayaran, terimaan,
pelarasan jurnal dan gaji di peringkat Pejabat Perakaunan.
(ii) Pengauditan Transaksi
Semakan terhadap rekod dan dokumen perakaunan yang diproses melalui sistem
perakaunan dan kewangan berkomputer atau secara manual yang beroperasi di
pejabat auditi. Tujuannya ialah untuk mengesahkan sama ada rekod dan
dokumen tersebut telah disediakan dengan sempurna, tepat, kemaskini dan
selaras dengan kehendak peraturan kewangan serta undang-undang.
p/s Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimanakah/ apakah pengauditan sistem itu? Sebenarnya untuk sekolah-sekolah pengauditan sistem adalah seperti yang terkandung dalam Bas-08 yang diperakukan oleh pihak sekolah. Contohnya seperti Kawalan Terimaan, Kawalan Bayaran dan Kawalan Pengurusan. Sila perbetulkan sekiranya saya silap.
