Semua Guru Besar
Tuan/Puan
Prosedur Dan Peraturan Perbelanjaan Peruntukan PIBG
Adalah dimaklumkan bahawa dibawah ini dijelaskan Prosedur Dan
Peraturan Perbelanjaan Peruntukan PIBG untuk perhatian dan tindakan tuan/puan selanjutnya.
Harap maklum.
Bil Perkara Prosedur / Peraturan
1. Maksud Perbelanjaan
Prosedur / Peraturan
Membiayai pelaksanaan program / aktiviti akademik, ko-kurikulum dan kemudahan sekolah yang memberi menfaat kepada murid, guru dan sekolah
Semua peruntukan mesti dibelanjakan dalam tahun semasa dan tidak dibenarkan dibawa ke tahun hadapan.
2. Kadar Pemberian Perkapita
Kadar peruntukan adalah seperti berikut :-
- Sekolah Rendah : RM 8.00 bagi seorang murid setahun
- Sekolah Menengah : RM10.00 bagi seorang murid setahun
Pelaksanaan semua program / aktiviti yang menggunakan peruntukan ini hendaklah mendapat persetujuan daripada Mesyuarat PIBG sebelum dilaksanakan.
4. Minit Mesyuarat PIBG
Sesalinan Minit Mesyuarat PIBG yang berkaitan perlu difailkan bagi maksud audit.
5. Tatacara Perakaunan Peruntukan
Sekolah yang mempunyai Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) :
- Peruntukan yang telah diperturunkan hendaklah diakaunkan di bawah lajur Pelbagai dan mewujudkan Akaun Subsidiari - Bantuan kepada PIBG.
- Semua urusan pembayaran dikendalikan oleh pihak sekolah mengikut peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa.
Laporan Prestasi Perbelanjaan mestiah dihantar ke PPD setiap akhir suku tahun. Laporan Prestasi Perbelanjaan pertama hendaklah dihantar pada atau sebelum 30 Mei 2009.
Laporan Prestasi Perbelanjaan yang dihantar hendaklah berdasarkan kepada peruntukan yang diperturunkan sahaja.
7. Tatacara Penggunaan
Penggunaan peruntukan mestilah selaras dengan AP yang sedia ada.
( AP = Arahan Perbendaharaan )
8. Pindah Peruntukan
Pindah peruntukan ke akaun PIBG atau lain-lain akaun tidak dibenarkan sama sekali.
9. Pelaksanaan
Sekolah-sekolah bertangungjawab menyelaras lebihan / kekurangan peruntukan berdasarkan enrolmen murid pada 31 Mac 2009.
Pelarasan tersebut mestilah dihantar ke JPN sebelum atau pada 15 April 2009
Sumber Bahagian Kewangan JPN Kedah
9. Pelaksanaan
Sekolah-sekolah bertangungjawab menyelaras lebihan / kekurangan peruntukan berdasarkan enrolmen murid pada 31 Mac 2009.
Pelarasan tersebut mestilah dihantar ke JPN sebelum atau pada 15 April 2009
Sumber Bahagian Kewangan JPN Kedah
